-z-
Headlines News :
Home » » KEJAM!!Bayi Ditikam 90 Kali Kerana Gigit Ibu Masa Menyusu

KEJAM!!Bayi Ditikam 90 Kali Kerana Gigit Ibu Masa Menyusu

Written By Unknown on Wednesday, 4 September 2013 | 22:02

Jiangsu – Gara-gara menggigit ibunya ketika menyusu badan, seorang bayi berusia lapan bulan telah ditikam sebanyak 90 kali oleh wanita tersebut dengan menggunakan gunting. Ia menyebabkan bayi yang diberi nama Xiao Bao itu menerima 100 jahitan.

Gambar Bayi Ditikam Kerana Gigit Ibu Masa Menyusu Di China
Bayi malang itu menetap bersama ibu dan dua bapa saudaranya dan mereka menjalani kehidupan dengan mengutip sampah untuk tujuan kitar semula.
Kejadian itu disedari oleh salah seorang bapa saudaranya selepas melihat Xiao Bao dalam keadaan berlumuran darah, sebelum dikejarkan ke hospital. Wanita berkenaan akhirnya mengaku bahawa dia menikam anaknya sendiri kerana bayi itu menggigitnya ketika sedang menyusu.
Gambar Bayi Ditikam Kerana Gigit Ibu Masa Menyusu Di China
Gambar Bayi Ditikam Kerana Gigit Ibu Masa Menyusu Di China
Laporan polis menyebut wanita itu tidak mengalami sebarang penyakit mental. Walau bagaimanapun, penduduk setempat telah meminta pihak berkuasa supaya mengambil bayi berkenaan agar kejadian sama tidak berulang.
Penyakit mental menjadi isu utama yang dibangkitkan di China dan satu analisis kesihatan yang dikeluarkan oleh empat wilayah di China pada 2009 yang disiarkan dalam jurnal perubatan The Lancet menganggarkan 91 peratus daripada 173 juta penduduk di China dipercayai mengalami masalah mental. Namun mereka tidak pernah mendapatkan bantuan professional
Share this post :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. LaYaN JE!! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger