-z-
Headlines News :
Home » » MAUT!! APABILA SEBUAH KERETA MYVI BERTEMBUNG SEBUAH LORI

MAUT!! APABILA SEBUAH KERETA MYVI BERTEMBUNG SEBUAH LORI

Written By Unknown on Wednesday 24 July 2013 | 11:59




 Kejadian beraku di Pekan sebuah kereta perodua Myvi yang di pandu oleh seorang lelaki yang juga pekerja pam pasir maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di selekoh berhampiran simpang Kampung Tanjung Agas,


Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa, Lew Kam Sang, 49, yang beralamat di Pulai, Johor dikatakan sedang memandu bersendirian ke arah bandar Pekan selepas keluar dari kawasan pam pasir berhampiran tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, siasatan awal mendapati kemalanganberpunca daripada Perodua Myvi yang dipandu mangsa masuk ke laluan bertentangan.

Menurutnya, ketika sampai di selekoh tajam berkenaan, kereta mangsa masuk sedikit ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori tangki yang datang dari arah bertentangan.

“Pemandu lori yang terkejut apabila kenderaan mangsa masuk di hadapannya secara tiba-tiba tidak sempat mengelak sebelum merempuh sebelah kanan kereta mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat keja-dian akibat kecederaan parah di kepala manakala pemandu lori berusia 40-an tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Yahya berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat mangsa dibawa di Hospital Pekan sebelum dituntut ahli keluarganya.

“Kepekaan kita terhadap amalan berhemah serta keselamatan diri dapat membantu mengurangkan risikokemalangan jalan raya, sekali gus mewujudkan persekitaran selamat bagi diri dan pengguna jalan raya lain,” katanya.

                   " HATI - HATI BILA MEMANDU INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG "
Share this post :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. LaYaN JE!! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger