Home »
» HANCUR!!!KEMALANGAN NGERI BERLAKU DI TAPAH
HANCUR!!!KEMALANGAN NGERI BERLAKU DI TAPAH
Written By Unknown on Tuesday, 23 July 2013 | 11:43
HANCUR!!Dua kelindan lori warga Bangladesh maut selepas lori dinaiki merempuh belakang sebuah treler yang berhenti di tepi Lebuhraya Utara–Selatan.
Kemalangan ngeri berlaku kira-kira jam 6.15 pagi di Kilometer 343, Lebuhraya Utara Selatan itu melibatkan tiga buah kenderaan iaitu treler, lori dan sebuah kereta jenis Proton Iswara turut mengakibatkan dua cedera parah.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak a/l Din Keliw berkata, mangsa maut adalah warga Bangladesh dikenali Sumam Hossain Abd Kashem, 28, dan Delohar Hossin Md Raju Miah, 31.
Katanya, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Shah Alam, Selangor ke Pulau Pinang bersama-sama seorang warga tempatan dan rakan senegaranya yang turut mengalami kecederaan parah dalam kejadian itu.
Menurutnya, kejadian berlaku apabila sebuah treler rosak dari arah Kuala Lumpur ke Ipoh berhenti di tepi Lebuhraya Utara Selatan kira-kira lima kilometer sebelum persimpangan Tol Bidor di laluan lurus serta tidak berbukit.
Beliau berkata, lori yang dipandu oleh warga tempatan yang dikenali sebagai S Lechumanan, 34, tidak menyedari kedudukan treler yang diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh kenderaan itu.
“Rempuhan mengakibatkan badan lori tersebut tercabut dan tercampak melintang di tengah lebuh raya dan masa yang sama sebuah kereta jenis Proton Iswara dari arah sama tidak sempat menekan brek disebabkan faktor jarak yang terlalu dekat.
“Kemalangan itu menyebabkan Delohar yang duduk di belakang tersepit lalu maut di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala manakala rakan-rakan mangsa mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan,
Som Sak berkata, seorang lagi mangsa warga Bangladesh, Sumam, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tapah, pagi semalam selepas putus kedua-dua kaki akibat kemalangan itu.
Manakala, katanya, pemandu warga tempatan dan seorang warga Bangladesh, Alif Hossain Bahar Ali, 25, mengalami kecederaan parah dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Teluk Intan.
Katanya,bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa warga Bangladesh telah selesai petang semalam dan kini mayat masih berada di Hospital Tapah menunggu daripada pihak majikan untuk dituntut sebelum tindakan selanjutnya diambil.
Beliau berkata, pemandu dan penumpang kereta jenis Proton Iswara hanya mengalami kecederaan ringan manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan tersebut.
Post a Comment